Ahl Sunnah menganggap bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa di dunia. Terdapat hadith berbunyi, “Mencintai arab adalah iman, membenci arab adalah nifaq.” (Dalam Sahih Muslim dengan lafaz Hubb al-Ansar min al-iman, Kitab al-Iman, hadith 74).
Bahasa adalah syiar agama. Makruh membiasakan bertutur dengan selain bahasa arab. Bahasa arab adalah syiar islam dan umat islam. Bahasa adalah termasuk sebesar-besar syiar umat yang membezakannya dengan umat lain. Kerana itulah, ramai ulama’ mujtahid menganggap makruh berdoa doa dan zikir dengan bahasa selain arab.Bahasa mempengaruhi agama, pemikiran, akhlak, sifat perangai dan adab. Ia mempengaruhi cara berfikir. Membiasakan bahasa arab adalah tashabbuh dengan salaf. Tasahhbuh dengan mereka menambah akal, agama dan akhlak.
Hukum mempelajari bahasa arab
.
Memahami al-Quran dan al-Sunnah adalah wajib. Bahasa arab itu sendiri adalah agama. Oleh itu, wajib mempelajari bahasa arab kerana bahasa al-Quran dan Hadith adalah bahasa arab. Tidak sempurna yang wajib melainkan dengan sesuatu maka sesuatu itu adalah wajib. Bertutur dalam bahasa arab adalah tashabbuh (menyamai) akhlak Nabi saw, golongan sahabat sabiqun awwalun dan tabi`in. Tashabbuh dengan ‘ajam kuffar adalah makruh.
| Semoga dengan bertutur di dalam Bahasa Arab, kita diberikan ganjaran pahala disisi Allah S.W.T, kerana Bahasa Arab merupakan bahasa pertuturan Baginda Muhammad S.A.W :-) |
No comments:
Post a Comment