Untuk pengetahuan anak-anak yang dirahmati Allah sekalian, Bahasa Arab terdiri daripada beberapa bahagian ilmu. Antaranya ialah :
1) al-nahw (النحو)
2) al-Sorf (الصرف)
3) al-Balaghah (البلاغة)
4) Tarikh al-Adab wa al-Nusus (تاريخ الآداب والنصوص)
5) al-'Arudh wa al-Qawafiy / Auzan al-Sye'r (أوزان الشعر) (العروض والقوافي )
dan ada lagi beberapa bahagian ilmu Bahasa Arab yang lain..
Terlebih dahulu, bagi setiap pelajar hendaklah mengenali huruf hijaiyyah sebelum memulakan pelajaran ini kerana mengenal huruf merupakan syarat utama dalam mempelajari ilmu bahasa. Di dalam ilmu al-aswat (علم الأصوات), ada dinyatakan bahawa daripada suara (الصوت) terhasilnya huruf (الحرف), daripada huruf terhasilnya perkataan (الكلمة), daripada perkataan terhasilnya sepotong ayat (الجملة), daripada sepotong ayat maka terhasillah sebuah teks (العبارة).

No comments:
Post a Comment